Majlis Apresiasi TADIKA KEMAS Kg Paya Jakas tahun 2023

8 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

07 Februari 2024, Rabu – Telah berlangsung majlis apresiasi untuk pelajar-pelajar yang telah tamat pembelajaran pada sesi 2023, yang akan melangkah ke Pra Sekolah ataupun menaiki darjah 1 pada bulan Mac 2024. Sambutan itu meriah didatangi oleh para guru, ibu bapa kepada pelajar-pelajar tersebut.

Cikgu Khalida menyiapkan segala persiapan majlis tersebut turut dibantu oleh Pembantu Tadika Kemas tersebut. Penyelia PEDi Paya Jakas turut menyertai majlis tersebut dan memberikan sedikit pengenalan kepada Pusat Ekonomi Digital yang terletak di sebelah bangunan Tadika Kemas itu sahaja. Turut diterangkan mengenai PEDi, segala fasiliti yang boleh digunakan didalamnya dan menggalakkan pelajar-pelajar untuk hadir untuk menggunakan kemudahan PEDi yang telah tersedia.

Dihadiri oleh 18 orang pelajar Tadika, 2 orang guru dan 15 orang ibu bapa. Majlis berlangsung selama 2 jam bermula 10 Pagi sehingga 12 Tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali